Dihujani dengan ratusan anugerah, diselimuti dengan kemasyhuran dan diwarnai dengan kemilau populariti.
Lebih dua dekad sudah Datuk Seri Siti Nurhaliza memahat kukuh namanya dalam industri seni hiburan. Malah figura ini turut berjaya mencuri hati penggemar dari negara Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.
Bagi kelompok SitiZone, jangan dipersoalkan apa hebatnya Siti yang mesra disapa Tok Ti. Dengan spontan mereka mampu berhujah mematahkan apa juga perkara yang dibangkitkan. Tok Ti yang juga digelar Bonda Ratu, sudah mengunci kuat namanya di hati para peminat yang meletakkan beliau di satu paras teristimewa.
Berpengalman melihat sendiri jati diri anak seni ini dan sisi peribadi beliau, tidak hairan mengapa Tok Ti mempunyai pengikut yang luar biasa. Segalanya kerana keperibadian tinggi yang dimilki bonda kepada seorang puteri ini. Disiplin, rendah diri dan tidak sombong menjadikan beliau sukar ditandingi mana-mana artis lain.
Kalau diingat kembali, meski nama Siti Nurhaliza itu layaknya didefinisikan sebagai popular, sedikit pun beliau tidak lupa diri. Pernah anda lihat Siti meminta orang lain gantikan dirinya untuk sebarang pertandingan ketika masih aktif menyertainya dulu? Terutamanya dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu.
Masih segar difikiran, yang paling membuatkan Gayah sendiri kagum ialah apabila pernah melihat sendiri bagaimana Tok Ti sanggup turun padang dan sertai aktiviti yang dianjurkan ABPBH bersama peminat satu ketika dulu. Bayangkan dengan pencapaian menggunung beliau, Tok Ti tidak perlu untuk berpanas dan bersungguh-sungguh turun padang.
Figura seorang ini, tetap sudi sertai dan lebih manis tidak kisah untuk belanja peminat yang hadir sebuah lagu tanpa perlu diminta. Ya, Tok Ti nyanyi secara sukarela. Kualiti ini memang sukar ditandingi.
Gayah menulis kerana Tok Ti layak diberikan penghargaan sebegini dan menjawab persoalan mengapa istimewanya Siti Nurhaliza? Itu secebis kisah yang dipaparkan. Berhemahnya Tok Ti juga, tidak pernah seingat fikiran, berkongsi artikel di laman sosial dan menegur kesilapan media atau ketidakpuasan hatinya. Tok Ti memilih untuk mendapatkan penjelasan dengan orang perseorangan sedangkan kisah megenainya juga bukan biasa-biasa.
Jadi jika ada yang tanya kenapa dilabelkan beliau nombor satu? Semua inilah jawapannya. Bukan tidak boleh ada pengganti, itu tidak mustahil. Asal artis yang lain juga ada komitmen dan perilaku seperti Tok Ti.
Selamat hari lahir Biduanita Siti Nurhaliza. Gayah doakan moga terus berjaya dunia akhirat. Amin.
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists