February 8, 2025

Momen Muzik Sarah

Jika disenaraikan, bukan satu atau dua lagu hebat yang dilantunkan penyanyi ini.

Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu, Tinggalkan Diriku, Jangkau Kau Mimpi, Bersamamu, Ku Teruskan dan Kehujung Dunia antara karya terbaik berdiri atas alunan gemersik vokal Siti Sarah Raisuddin.

Foto Azrul Rafie

Sayangnya, tidak satupun senarai lagu di atas membawa Sarah beraksi ke pentas berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menjadi idaman ramai penyanyi.

Benarlah kata penyanyi yang semakin matang ini, semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah. Bila tiba masanya, ia pasti akan hadir jua.

Lantaran, menyingkap sisi rasa suri hati Shuib ini, dia memanjat syukur selepas hampir dua dekad bergelar penyanyi, rezeki beraksi di pentas AJL hadir juga.

Sarah bakal berjuang dengan lagu berjudul Semakin yang membawanya kembali mewarnai persada dunia muzik Malaysia.

“Syukur dan gementar memang tidak saya nafikan datang sekali. Ini julung kali saya akan menyanyi di pentas akhir AJL33,” katanya.

Gandingan suami isteri untuk lagu Semakin: Sarah bersama Shuib atau Mera Utama.

Lebih manis, Sarah bakal menyampaikan lagu ciptaan suaminya sendiri pada pertandingan itu nanti.

Mengenai persiapan malam kemuncak itu nanti, Sarah berkata dia dan pasukannya akan membawakan kelainan dan pastinya memilih untuk memberi tumpuan pada emosi, penghayatan dan vokal.

“Saya berdoa semoga semua berjalan lancar seperti dirancang dan dapat menyampaikan sebaik dan semampu mungkin,” katanya.

Sama ada akan membawa suami sendiri atau Syafiq Kyle yang muncul sebagai lelaki pilihan dalam klip video lagu Semakin, Sarah hanya menguntum senyum manis.

Gayah mengaku Semakin antara yang menjadi pilihan hati, malah ramai juga yang percaya kemampuan lagu ini memberikan saingan sengit di malam kemuncak AJL33 di Axiata Arena, 3 Februari depan hanya di TV3.

Buat Sarah, tenang dan lontarkan sejujur boleh bait-bait lirik lagu Semakin. Selebihnya sekali lagi serahlah kepada rezeki! Jom layan klip video Semakin di https://www.youtube.com/watch?v=lLqKD6XvBfU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts