November 27, 2022

Suara tak sedap, Nabil ‘berani mati’ menyanyi?

Jika rezeki depan mata, kenapa mahu menolak? Itulah reaksi pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad apabila lagu dan muzik video Pening dalam percubaannya sebagai penyanyi komersil mendapat kritikan.

Ada yang menganggap Nabil lebih bagus mengacara, melawak dan berlakon berbanding menyanyi. Suara Nabil dikatakan gagal menangkap deria pendengar. Gayah rasa ia cubaan berani Nabil. MV lagu Pening pun kreatif

Lagu Pening ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Nabil dan Waris. Bukan hanya menyanyi, Nabil melakukan percubaan berani apabila menyanyi secara rap.

Menerusi saluran YouTube, Mixology Music, MV Pening sudah ditonton lebih 300,000 pelayar dalam tempoh masa beberapa hari

Biarpun usaha pengacara MeleTOP itu mendapat hentaman, ada juga netizen memuji usaha berani Nabil

Bagaimanapun, ramai artis seperti DJ Fuzz, Waris dan pengarah, Michael menyokong usaha dan meminta Nabil tidak mempedulikan komen-komen berbaur negatif

Nabil berkata, ini adalah langkah permulaan buatnya untuk bergelar penyanyi komersil, selain mencuba nasib dalam cabang bidang seni baharu

“Peluang merakamkan lagu Pening diberikan DJ Fuzz selepas menerima reaksi baik menerusi lagu Baik Punya kolaborasi bersama Alif Satar,

tahun lalu”

Nabil Ahmad

“Lagu Baik Punya ciptaan DJ Fuzz. Bagaimanapun, lagu berkenaan untuk kempen pelancongan dan bukan pasaran komersial. Apabila lagu itu mendapat sambutan, DJ Fuzz mencadangkan saya merakamkan lagu solo,” katanya

Katanya, ia bagaikan bulan jatuh ke riba, dia sahut peluang yang diberikan. “Jika sudah ada jalan depan mata, kenapa saya mahu menolak rezeki?

DJ FUZZ

“Saya anggap ini satu eksperimen. DJ Fuzz berjanji mahu saya merakamkan lagu lain jika lagu ini diterima,”

Nabil Ahmad

Bagaimanapun, Nabil berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi, tetapi mahu peminat mendengarnya terlebih dulu sebelum menghentam usahanya

“Berilah saya peluang dulu kerana ini cubaan pertama sebagai penyanyi komersil. Saya tidak kisah dengan kritikan membina, saya boleh memperbaiki kelemahan dalam nyanyian

“Janganlah mengutuk sebelum memberikan saya peluang,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts