March 29, 2024

Ifa Raziah Terharu

KUALA LUMPUR: Setelah beberapa kali berjaya menganjurkan karnival jualan berskala besar, artis serba boleh Ifa Raziah terharu apabila diberi tanggungjawab besar.

Dia berkongsi, kepercayaan yang diberikan penganjur untuk menguruskan dan membantu promosi Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan.

Karnival itu bakal berlangsung pada 24 hingga 27 Jun ini di Malaysia Grand Bazaar @Lalaport Bukit Bintang di sini.

“Saya sangat teruja dengan kepercayaan ini. Saya dan pasukan akan berusaha sebaik mungkin untuk sama-sama menjaya karnival ini.

“Ini bukan anjuran Starvendors tapi kami iaitu saya dan artis yang terlibat majoriti dari karnival jualan yang saya anjurkan,” katanya.

Sementara itu, Ifa menambah Starvendors Kedah Raya Fest 2022 yang bakal berlangsung pada 1 dan 2 Julai.

Penyanyi lagu Ser Ser Ser itu berkata antara yang istimewa pada karnival di Kedah ialah membabitkan artis yang berasal dari utara itu iaitu Aweera dan Rita Rudaini.

Dalam perkembangan lain, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha,46, mendedahkan dia tidak bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri.

“Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka, ‘outspoken’. Macam netizen yang mungkin bukan kawan saya, saya pun tak kenal siapa.

“Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Yang orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana.

“Cuma orang di luar industri, netizen-netizen dia tak faham lagi. Baru je nak kenal, mula suka dengan Ifa Raziah,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts