October 4, 2024

Rojak Buah Thai

Nam Pla Wan bancuhan kuah rojak resipi Thai, adalah rahsia keenakan Rojak Buah Thai yang pastinya membuat anda kecur air liur.

Lebih istimewa, rojak buah Thai ini dipadankan dengan garam cili yang diadun khas untuk melengkapkan rasa saat ia menyentuh lidah anda.

Kalau anda mahu cuba, tidak perlu terbang ke Thailand. Setkan Waze atau GPS anda cari lokasi Restoran Pak Mal Nasi Ayam Seksyen 10 Shah Alam untuk memenuhi keinginan anda.

Gayah sempat bertemu dengan tauke restoran yang juga orang penting bertanggungjawab menyediakan sendiri sos kuah rojak dan cili garam untuk dicampurkan dengan pelbagai buah campuran.

As menunjukkan gandingan garam cili dan kuah rojak Thai yang dimasak sendiri olehnya.

Asmani Izham atau mesra disapa As sudi melayan kunjungan Gayah dan menggaulkan rojak buah untuk dicuba. Memang sedap dan terbaik.

“Kuah ini memang saya sendiri yang bancuh mengikut resipi turun temurun. Saya turut sediakan cili garam untuk melengkapkan lagi rasa.

“Biasanya satu bekas besar ini tahan untuk dua hari, kadang-kadang sehari saja. Saya memang suka bancuh mengikut adunan yang sesuai bagi memastikan ia sentiasa segar dan rasa yang cukup.

“Buah-buahan juga ada macam-macam, tapi yang wajib mesti ada jambu dan mangga atau pelam. Yang lain ikut musim seperti bidara dan strawberi.” katanya.

Buah-buah pilihan untuk dicampur dengan kuah rojak Thai dan cili garam.

Sebekas penuh (dengan penutup) hanya RM7 sahaja. Tapi kalau sampai melimpah keluar harga mestilah ada tambahan.

As beritahu Gayah, sebagai sokongan khas buat Geng Gayah semua ada promosi istimewa.

10 Geng Gayah pertama dengan kata laluan khas boleh nikmati sebekas rojak buah dengan harga RM5 sahaja.

Kalau nak tahu macam mana nak jadi 10 Geng Gayah bertuah ikuti kami di Instagram @gayahistyping dan juga FB Page @gayahistypingpage

Jom cuba Rojak Buah Thai Pak Mal Nasi Ayam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts