Tiada siapa yang boleh menyangkal andai Gayah katakan, Azharina Azhar layak disenaraikan dalam kategori penyanyi terbaik negara.
Siapa yang tidak tahu kredibiliti vokal penyanyi ini yang turut mendapat perakuan ramai pemuzik profesional termasuk maestro muzik, Datuk Ramli MS.
Apabila peyanyi yang mula mendapat perhatian menerusi lagu Seandainya ini mengumumkan dia bakal diuruskan Jojie, ia adalah antara keputusan bijak untuk membawa kerjaya nyanyiannya ke fasa yang lebih baik.

“Saya yakin pengalaman lebih tiga dekad Jojie dalam industri hiburan dan menguruskan Ella sebelum ini mampu membantu melonjakkan kerjaya nyanyian saya.
“Saya juga selesa bekerjasa sama dengan Jojie kerana kami sudah mengenali hati budi masing-masing,“ katanya yang sedang popular dengan lagu Lakar Janji.
Azharina yang juga mesra disapa Nina mempunyai beberapa koleksi single hits seperti Elergi Sepi, Rawan, Tsunami Kasih, Sekian Terima Kasih dan Cinta Terbagi Dua.
Jojie pula bersetuju untuk kembali mewarnai dunia seni kerana percaya dengan kemampuan Azharina yang dianggap Queen of Soul Malaysia.

gandingan mereka baru-baru ini.
“Saya yakin dengan kemampuan Azharina dan dia seorang panyanyi yang sangat bagus.
“Azharina juga rajin untuk sentiasa memperbaiki diri menjadi lebih baik dan tidak pernah selesa dengan apa yang sudah dikecapi,” katanya.
Azharina menambah, apa yang paling penting ialah dirinya terus mendapat sokongan keluarga dan peminat yang tidak pernah jemu menyokong sejak hari pertama bergelar penyanyi.

Gayah percaya gandingan Azharina dan Jojie bakal melahirkan sesuatu yang menarik, berjaya dan cemerlang. Dua-dua miliki kekuatan untuk menjadi yang terbaik.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu