Keluar dari mulut empunya diri, penyanyi kesayangan ramai Zamani bahawa dia kini diuruskan Alan sejak membuat keputusan menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5) pada sidang media selepas konsert suku akhir lalu.
Zamani berkata, Alan yang bertanggungjawab dan paling layak membuat sebarang kenyataan mengenai perkembangan dirinya.
“Saya memang diuruskan oleh Alan dan dia yang menjaga saya termasuk kebajikan saya ketika di GV5,” katanya kala ditanya Gayah.
Penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari itu juga berkata, dia tidak tidak dipaksa oleh mana-mana pihak untuk menyertai rancangan itu termasuk kala kontroversi tidak mampu menyanyi dua minggu lepas.
“Memang Alan ada berjumpa dengan pihak produksi tapi saya setuju lepas berbincang untuk keluar ke pentas, saya perlu bertanggungjawab. Syukur saya mampu teruskan dan kembali minggu ini,” katanya yang turut terharu apabila ramai yang menyokongnya.
Alan menambah, Zamani juga sudah bersetuju dan dia yang akan menjaga bekas vokalis Slam itu termasuk selepas tamat GV5 nanti.
“Butiran lanjut akan kami maklumkan. Zamani adalah tanggungjawab saya,” katanya.
Gayah sentiasa menyokong penyanyi legend macam Zamani. Moga dia sihat dan cergas meskipun mengakui ada masalah Osteoporosis.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan