February 9, 2025

Juri lain please!

 

Oleh Gayah

Ada yang berbisik, dan pandang sesama sendiri bila peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) Farahwahida dengan selamba minta supaya juri lain yang memberikan komen persembahannya.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Tanpamu itu dengan spontan meminta Datuk Khadijah Ibrahim yang memberikan komen meskipun pengacara Jihan Muse sudah menyebut nama Datuk AC Mizal.

“Boleh tak minta ibu (Khadijah) komen sebab belum pernah lagi, dua lagi juri dah pernah,” katanya.

GAYAH bertanya sendiri pada Farah, dia beritahu itu bukan gimik atau permintaan produksi tetapi memang kehendak dirinya sendiri.

“Takde soal isu terasa hati. Memang saya yang nak juri lain sebab untuk dengar pelbagai pandangan.

“Saya tidak tahu kalau malam itu terkahir buat saya. Sebab itu saya hendak dengar komen ibu pula,” katanya.
Netizen sebelum ini mengkritik mengenai komen dari juri jemputan AC Mizal yang dikatakan tidak kena ketika member komen kepada Farah termasuk menyentuh isu mata dan sebagainya.
Farah berkata, dia tidak kisah dan kutip komen yang baik untuk perbaiki diri. Merendah diri, Farah juga mengakui masih banyak untuk belajar.
GAYAH setuju dengan Farah yang positif. GAYAH pun budak baru belajar.
Farahwahida bersama @farawahidafanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts