Gayah tahu misteri yang menyelubungi kehidupan penyanyi yang mendapat jolokan The Singing Chef, Datuk Fazley Yaakob, 40, isteri dan keluarganya menjadi ‘episod hitam’ yang disimpan kemas selama ini.
Sejak berkahwin dengan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, 39, pada 2005, Gayah dengar ada sahaja kisah misteri yang menjadi bebanan hidup.
Lebih menakutkan, gangguan misteri, makhluk halus dan ilmu hitam sudah menjadi ‘permainan hidup’ mereka sekeluarga lebih 10 tahun. Seramnya Gayah…
Bukan itu saja, khabarnya misteri kehilangan 13 cahaya mata apabila Azrene keguguran sebanyak 10 kali cukup meninggalkan kesedihan mendalam, malah tiga daripadanya adalah pasangan kembar.
Bagaimanapun, Gayah tahu Fazley dan keluarganya enggan membuka mulut mendedahkan perbuatan ‘siapa’. Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini dan Cerita Asmara itu percaya khalayak sudah dapat mengagak perbuatan siapa!
“Saya anggap gangguan mistik ini adalah ujian Allah SWT. Saya, isteri dan keluarga sudah biasa berdepan dengan gangguan sejak hampir 10 tahun lalu.
“Jika setakat mendengar bisikan di telinga dan nampak bayangan sepintas lalu, itu perkara biasa. Anak-anak pula sering menangis jika ternampak ‘bayangan’ atas bumbung rumah.
“Saya tidak nampak, tetapi saya dapat merasainya, bulu roma naik menegak.
“Bagaimanapun, ramai yang membantu mengajar pelbagai doa. Saya percaya pendinding ayat al-Quran harus menjadi pegangan, bukannya menggunakan darah atau tengkorak,” katanya.
Kongsinya, dia sangat bersedih kehilangan 13 cahaya mata sepanjang 13 tahun berkahwin.
Paling berbekas di hati, kehilangan sepasang anak kembar lelaki ketika isteri hamil enam bulan setengah. Ia berlaku sebelum mendapat anak perempuan, Alayna Selma.
“Saya tenung jasad anak kembar yang cukup sifat itu, hancur hati saya. Isteri saya separuh gila apabila kehilangan anak lagi. Kalau ikutkan, kami sudah memiliki 17 cahaya mata,” katanya.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia