Masih ingat era muzik nasyid satu ketika dulu? Apabila banyak kumpulan muncul beserta barisan lagu popular yang menjadi siulan ramai setanding lagu pop yang lain.
Bagi mengubat kerinduan atau dalam bahasa sekarang digelar #throwback, anda wajib menonton Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM pada 20 April depan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Konsert bertemakan Terima Kasih itu membariskan artis nasyid terhebat iaitu Hijjaz, Inteam, Unic dan Mestica bergabung menerusi Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM.
Keempat-empat kumpulan berkenaan merupakan barisan artis yang pernah berada di bawah naugan label Hijjaz Records.

Konsert anjuran KGM Event itu mendapat sokongan AIumni UIA ini juga mempunya misi penting iaitu sebahagiannya bakal disalurkan kepada tabung bantuan untuk meringankan beban pelajar-pelajar yang memerlukan.
Penonton juga berpeluang menonton persembahan bekas artis yang pernah bernaung di bawah Hijjaz Entertainment seperti bekas anggota kumpulan Unic, Fitri Haris, Hafiz Hamidun (Unic) dan Fadzli Aziz (Unic).
Tiket Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM ini terbahagi kepada empat zon iaitu VIP, Zon A, Zon B dan Zon C. Tiket-tiket konsert dijual dengan harga bermula RM15 hingg RM60 sahaja. Pembelian tiket VIP akan menerima pas istimewa meet and greet.

Pembelian tiket boleh dilakukan secara terus dengan menggunakan aplikasi Whatsapp di talian 017-2833449.
Gayah pun layan juga lagu-lagu nasyid Nur Kasih, Sumayyah, Rabiatul Adawiyah dan Hanya Tuhan Yang Tahu.
You may also like
-
Liza Aziz Juara GV 11 – Tampil Persembahan Memukau
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah