KUALA LUMPUR: Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan Ratu Irama Tradisional Noraniza Idris sebagai penyanyi undangan pada Konsert Gema Bumantara yang bakal berlangsung pada 17 Oktober ini.
Tiga penyanyi lain iaitu Haziq Rosebi dan dua dari Indonesia iaitu Lesti Kejora dan King Nasar turut diumumkan sebagai penyanyi undangan pada konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
“Pemilihan Noraniza Idris sebagai menghargai penyanyi senior yang sinonim dengan dengan irama tradisional begitu juga dengan Haziq.
“Dua penyanyi Indonesia juga menjadi pilihan kerana mereka juga merupakan anak didik Allahyarham Pak Ngah yang banyak jasa memperjuangkan irama tradisional,” katanya pada majlis sidang media di sini hari ini.

Chaan pula diberikan tanggungjawab sebagai pengarah muzik konsert berkenaan.
Konsert itu juga bakal menyaksikan penari dari Istana Budaya mengiringi penyanyi nombor satu negara itu. – GIT MEDIA
