Fasha Sandha Selari Kempen Semarakkan Seri Keremajaan Safi Rania Youth Gold – Lambang Wanita Yang Punya Jati Diri Sendiri

KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan kulit dan peribadi halal, Safi terus menerajui inovasi kecantikan tempatan apabila melakar sejarah memperkenalkan PDRN Booster Repair Serum, iaitu serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia.

Pengenalan produk revolusioner ini adalah sebahagian daripada pelancaran semula rangkaian Safi Youth Gold Rania yang kini tampil dengan wajah baharu serta formulasi yang diperhebatkan menggunakan teknologi Peptida Kolagen.

Istimewanya, kesemua inovasi berteknologi global ini direka secara khusus untuk memenuhi keperluan kulit wanita di iklim tropika seperti Malaysia. Malah, ujian klinikal juga membuktikan rangkaian ini mampu membuatkan kulit wajah tampil lebih cerah, anjal, dan berseri dalam tempoh seawal tiga hari.

Selari dengan inovasi ini, Safi turut melancarkan kempen ‘Semarakkan Seri Keremajaan’ dan secara rasmi mengembalikan nama ikonik ‘Rania’ yang begitu dekat di hati pengguna mereka sejak sekian lama.

Lebih menarik, pelancaran wajah baharu Safi Youth Gold Rania ini diserikan lagi dengan pengumuman pelakon dan usahawan popular, Fasha Sandha sebagai duta jenama.

Menurut Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi Malaysia, Kazlina Mohd Kassim, Fasha dipilih kerana memiliki ciri-ciri yang mencerminkan wanita Malaysia masa kini, tabah, berdikari dan sentiasa berani menjadi diri sendiri.

“Fasha adalah personifikasi wanita Malaysia masa kini yang tabah, berdikari dan berani untuk tampil dengan jati diri sebenar.

“Perjalanan hidup beliau mencerminkan aspirasi Semarakkan Seri Keremajaan bahawa setiap wanita berhak menemukan semula keyakinan serta menyerlah dengan cara mereka yang tersendiri,” katanya.

Bagi Fasha, pengalaman hidup yang dilalui selama ini banyak mengajarnya tentang erti menghargai diri dan terus melangkah walaupun berdepan perubahan dalam kehidupan.

Penglibatannya sebagai wajah Safi Youth Gold Rania turut mengangkat mesej bahawa seri seseorang wanita bukan hanya bergantung kepada penampilan, tetapi turut terpancar melalui keyakinan dan kekuatan jiwa.

Mengena kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang diperkenalkan Safi itu hadir dengan pendekatan lebih dekat dengan realiti kehidupan wanita masa kini.

Ia bukan sekadar memberi fokus kepada penjagaan kulit atau usaha untuk kelihatan lebih muda, sebaliknya meraikan perjalanan setiap wanita dalam membina semula keyakinan diri.

Sementara itu, pada majlis pelancaran baru-baru ini, bagi menterjemahkan mesej ini kepada realiti, Safi telah menjemput 100 wanita dari seluruh negara untuk berkongsi kisah ketabahan hidup masing-masing. Daripada jumlah itu, lima wanita telah dipilih untuk mengikuti perjalanan transformasi peribadi.

Kisah-kisah mereka yang merangkumi realiti kehidupan sebagai ibu tunggal, ibu sepenuh masa, dan cabaran membina semula keyakinan diri akan dipaparkan menerusi sebuah siri kandungan berinspirasi.

Kempen penuh makna ini turut mendapat sentuhan nostalgia apabila lagu ikonik ‘Gemilang’ nyanyian asal Jaclyn Victor diberi nafas baharu di mana lirik lagu tersebut telah diolah semula untuk menceritakan simbolik perjalanan dan kebangkitan seseorang wanita. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *