Sudah lebih setahun dirakam, siapa sangka lagu yang asalnya hanya untuk tujuan demo menjadi single terbaharu nyanyian duet Sufian Suhaimi dan Sarah Suhairi.
Sarah berkongsi perkara itu dan memberitahu selepas selesai rakaman semua pihak berpuas hati dan bersetuju melancarkan lagu Dengan Lafaznya.
Malah bagi kedua-dua mereka, lagu berkenaan sangat istimewa dan sesuai dijadikan lagu ‘wedding’ untuk pasangan pengantin.
Kedua-duanya juga yakin lagu itu akan menjadi pembuka rezeki buat mereka.
Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aiman Sidek dan membawa kisah penuh emosi tentang cinta, janji, serta pengharapan dalam hubungan kasih sayang.
Mengenai tema lagu, Sarah menjelaskan bahawa walaupun lagu ini sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan, ia tidak semestinya dibuat untuk tujuan itu sahaja.
“Jujurnya, lagu ini bukan dicipta khusus untuk tema perkahwinan, tapi kalau ada yang ingin jadikan lagu ini sebagai pilihan di majlis mereka, kami sangat menghargainya. Saya harap lagu ini diterima dengan baik oleh semua,” katanya.
Pelancaran single ini juga menandakan kerjasama antara Rusa Music dan Warner Music Malaysia, yang sentiasa komited dalam membawa karya berkualiti kepada pendengar.
Video muzik rasmi lagu ini telah dilancarkan pada 13 Januari 2025 di YouTube Rusa Music dan mendapat sambutan positif daripada peminat.
Lagu ini kini boleh didapati di semua platform digital dan dijangka menjadi satu lagi fenomena dalam industri muzik tempatan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Komedi Islamik Dalam Isan Nikah – Filem Tentang Halangan Perkahwinan Gadis Muslim Dan Jejaka Buddha
-
DiA Misha Omar Riwayat Cinta 20 Tahun Buat Semua – Hitam Putih Perjalanan Karier Seni
-
AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat
-
Keluang Man Kini Di Astro First – Juga Boleh Di Tonton Di Sooka
-
Akhirnya Amir Masdi Dedah Bakal Kekasih – Rakam Muzik Video Di Manchester