September 13, 2024

Khai Bahar Terkenang Memori Ramadan

Ramadan lalu memberi erti yang amat bermakna kepada Khai Bahar, 25, kerana dapat menyambut bulan mulia itu di Tanah Suci Makkah dan Madinah bersama jutaan umat Islam yang lain.

Ini kali kedua Khai mengerjakan umrah dan kali ini pasti perasaannya lebih teruja kerana dapat berbuka dan bersolat tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan pelbagai bangsa dari seluruh dunia.

“Saya menggunakan waktu ketika mengerjakan umrah untuk berehat, lupakan seketika urusan kerja dan fokus kepada ibadah. Jiwa terasa tenang dan hampir detik untuk berbuka terus menuju ke Masjidil Haram tanpa fikir nak makan apa dan nak beli makanan di mana.

Sepanjang berjalan nak ke masjid pun, ada saja yang bersedekah air dan kurma.

“Sejam sebelum berbuka, sukarelawan dan petugas masjid sibuk membentangkan plastik sebagai alas sebelum mereka mengatur bungkusan kurma, roti

dan air zam zam.

“Jika berbuka di perkarangan masjid, jemaah dihidangkan dengan nasi beriani, sungguh menyelerakan.

“Saya berusaha mengisi masa di sana dengan memperbanyakkan ibadah kerana setiap amalan yang dilakukan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda,” katanya.

Pemergian Khai ke Tanah Suci kali ini dibawakan oleh Raza Holidays Sdn Bhd dan dia amat berterima kasih dengan pihak pengurusan agensi travel itu kerana sudi menerbangkan dia ke sana.

“Rezeki yang datang itu memang tidak disangka dan saya amat berterima kasih kepada Pengarah Urusan Raza Holidays, Muhammad Ghazali Mat Rejab dan petugasnya kerana memberi layanan yang amat baik kepada semua jemaahnya.

“Kami juga dibawa melawat Taif iaitu lokasi yang cukup terkenal dengan peristiwa dan kisah sedih Rasululllah SAW berdepan dengan penentangan dan penghinaan ketika berdakwah kepada penduduk kota tersebut,” katanya.

Jelas Khai yang baru muncul dengan single terbaharu berjudul Air Mata, Taif adalah bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam menaiki bas dari kota Makkah.

Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima, zaitun, bunga mawar dan madu.

“Di Taif, jemaah dijamu Nasi Arab dihidangkan dalam dulang, terasa eratnya ukhwah sesama jemaah. Semua pengalaman itu memang tidak akan saya lupakan,” kata Khai.

Kepada mereka yang mahu ke umrah dengan Raza Holidays, boleh hubungi 019-4407777/ 018-7642553 atau layari www.razaholidays.com.

Gayah pun teringin nak sambut Ramadan di kota suci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts