February 25, 2024

Konsert Milenia Ke Zepp KL

KUALA LUMPUR : Konsert Milenia yang sudah beberapa kali tertunda sebelum ini bakal diteruskan, namun lokasi ditukarkan ke ZEPP Kuala Lumpur.

Konsert yang membawa Ratu Dangdut Malaysia Amelina dan Mas Idayu itu
di jadualkan berlangsung pada 27 Januari 2024.

Kehadiran artis dangdut sensasi Baby shima sudah pasti menggamatkan lagi Konsert Milenia bersama Ani Maiyuni yang bakal mendendangkan lagu Dasar Buaya Cinta yang trending di Tiktok baru baru ini.

Seperti yang telah semua maklum Konsert Milenia adalah gabungan kerjasama Malaysia dan Indonesia, untuk mengeratkan lagi jalinan genre dangdut di antara dua negara.

Antara artis dari seberang yang bakal terlibat ialah seperti Hesty Klepek-Klepek, Rheyna Morena dan Thomas Arya sudi menjalin menjalin kerjasama.

Konsert Milenia juga akan mempersembahkan sentuhan DJ Dugem yang akan memainkan lagu-lagu trending di tiktok dalam irama dugem sudah pasti membawa sebuah kelainan dari konsert yang lain.

Konsert ini juga mahu membuktikan corak persembahan tidak boleh keterlaluan, cara persembahan yang perlu mengikut spesifikasi garis panduan Puspal.

Dengan perubahan tempat dalam skala yang lebih kecil dari perancangan asal sudah pasti mempunyai pelbagai perubahan strategi termasuklah perubahan harga.

Terdapat lima tier zon yang dijual dengan harga Early Bird iaitu Standing Milenia RM 219.00 (berdekatan dengan stage). Zon Standing Koplo RM 199.00, Zon VIP Seating Gold RM 279.00 (Termasuk Meet And Greet dan free Merchandise), Zon Free Seating Diamond RM 239.00 manakala Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, free merchandise dan buffet dinner serendah RM 4499.00 dan kini semua peminat boleh membuat pembelian segera di ticket2u.com

Kepada pembeli tiket sediaada sebelum ini pihak penganjur akan memaklumkan kedudukan Zon baru yang akan ditempatkan menggantikan Zon lama melalui email masing-masing. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts