Bertemakan “Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup,” FestStar FoodFest anjuran FestStar Influencer Entertainment kali ini bukan sahaja menampilkan gerai makanan daripada peniaga tempatan serta antarabangsa, malah terdapat persembahan artis, demonstrasi masakan oleh chef selebriti dan aktiviti interaktif bersama pempengaruh popular.
Antara barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung ialah Noraniza Idris, Talia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live dan Kristal.
Tidak terhenti disitu, kehadiran pempengaruh media sosial seperti Emy Cha Cha, Puterabell, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor dan Paah Rabbit pastinya akan meriuhkan lagi suasana.
Menurut Herrie Shaputra Azizan atau mesra disapa Puterabell, Pengarah Urusan FestStar Influencer Entertainment, pihaknya sentiasa memastikan acara yang dianjurkan membawa konsep segar dan
kreatif.
Kata Herrie, acara kali ini mempunyai objektif seperti mempromosikan keunikan makanan tempatan disamping memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan jayanya.
“Pihak kami sentiasa cuba membawakan konsep mengikut trend terkini supaya pengunjung yang hadir
seronok berkunjung ke acara yang kami lakukan.
“Penganjuran festival kali ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan keunikan kulinari tempatan, ia juga mampu membantu PKS untuk berkembang.
Sementara itu, pastinya aktiviti-aktiviti seperti paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun
run akan menjadi tumpuan ketika acara itu dilangsungkan.
Lebih mengujakan apabila terdapat juga program ketuk-ketuk, mini zoo, night of fright, pesta kopi, pameran kerjaya dan konsert yang pasti buatkan pengunjung teruja untuk hadir memeriahkan acara.
FestStar FoodFest dijangka akan berlangsung pada 25 hingga 31 Disember bermula jam 11 pagi sehingga 12 malam bertemoat di TF Mart, Taiping, Perak.
Selain itu, buat peniaga-peniaga yang berminat untuk sertai acara ini sebagai penjual boleh hubungi 013-4194285 atau emel pada shanlatika@gmail.com. – GayahIsTyping
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik