KUALA LUMPUR: FENIX360, sebuah platform artist-centric bakal mengubah perniagaan artis tanpa orang tengah dengan model pembayaran yang akan membolehkan komuniti artis mengekalkan majoriti hasil pendapatan mereka.
Artis merangkumi seni-pemuzik, pelakon, model, pelawak, penari dan pelukis- boleh menjangkakan hasil pengiklanan sebanyak 80 peratus di platform ini serta 95 peratus dari NFT, merchandise, tiket serta hasil livestream dalam ekosistem baru ini yang dijanakan oleh teknologi secara blockchain.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360 Allan Klepfisz berkata platform ini telah mengumpulkan 7000 Duta Artis Global dan 2.9 juta gabungan sosial media.
“Kami akan berasa sangat gembira jika ada pihak lain yang akan mengikut jejak serta meniru obsesi kami terhadap kebajikan para artis.
“Kami telah menambah sesuatu yang hebat dan sumber yang belum diterokai untuk mengembangkan peluang untuk penghasilan pendapatan artis,”katanya.
Sementara itu, Pengasas serta Presiden FENIX360 Lance Ford memberitahu, platform ini ialah cara mudah untuk mempamerkan diri kepada peminat serta sahabat handai serta membuatkan mereka berterusan teruja dengan platform media yang boleh dikawal.
Dia menambah, pengasas platform ini menyaksikan berbilion dolar mengalir masuk ke dalam industri seni dan muzik, namun para artis masih bergelut dengan masalah kewangan lalu beliau bertekad untuk mengubahnya dengan teknologi blockchain.
Rakan Kongsi dan Ketua Strategi Blockchain FENIX360 Tomas Varga berkata
artis boleh mendapat bayaran dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka – seperti live tour, penjualan tiket, pemasaran dan produksi.
FENIX360 merupakan sebuah platform media sosial artist-centric, berevolusi yang menyediakan pelbagai kaedah untuk mempertingkatkan pendapatan artis secara signifikan sambil memberi pengalaman yang menarik serta menyeronokkan kepada pengguna. – GayahIsTyping
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik