Band dengan muzik yang sentiasa muncul dengan karya segar bersama elemen satira dan muzik berani, Drama Band muncul menerusi lagu FYP.
Selari dengan tajuknya, lagu berkenaan mula menghiasi halaman media sosial dengan kisah panas mengenai penunggang agama yang kutip hasil dengan cara sedekah.
Isu yang diangkat dalam karya menarik ini dekat melalui kes yang berlaku di negara ini termasuk menggemparkan masyarakat apabila ada pihak yang mengecap kemewahan dengan menggunakan tiket agama.
“Siapa makan cili dan dia terasa maka kami tidak boleh buat apa.
“Kami rasa perlu bersuara supaya tidak ada lagi yang terpedaya dengan helah yang mengambil kesempatan atas nama simpati,” kata vokalisnya Aepul.
Lagu berkenaan bakal dimuatkan dalam
album sulung mereka berjudul ‘Drama’ yang memuatkan 21 lagu.
Lebih menarik, selepas lebih sedekad dalam industri hiburan Drama Band bakal mempersembahkan konsert sulung mereka ‘The Hardest Malam Drama’ yang berskala besar pada 05 Oktober 2024 ini di Zepp
Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai konsert berkenaan, Aepul berkata ia menjadi satu manifestasi terindah kumpulan berkenaan selepas bertahan lebih sedekad dalam industri.
“Bukan soal mengapa baru sekarang, bagi saya lebih kepada rezeki buat kami untuk tampil dengan konsert sulung ini.
“Kami janjikan yang terbaik buat semua peminat dan hampir kesemua lagu akan kami persembahkan dalam susunan muzik lebih segar dan baharu,” katanya.
Tiket sudah mula dijual bermula pada 22 Ogos lalu di laman web.ticket2u.com.my. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak