KUALA LUMPUR : Penyanyi Khai Bahar bergegas pulang dari bercuti dari sebuah pulau sebaik mendapat perkhabaran ibunya meninggal dunia malam tadi.
Khai dalam satu hantaran di Instastory di akaun Instagram miliknya berkongsi klip video dia menaiki bot dengan kapsyen ‘Mak.’
“Alhamdulillah dapat balik naik bot malam ini,” tulisnya.
Khai turut berkongsi tangkap layar dengan tulisan, “Mak, Herol dah otw balik ni.”
Terdahulu, ibu penyanyi itu, Rosnah Muhammad, 61, disahkan meninggal dunia malam tadi di Kangar, Perlis.
Khabar duka itu dikongsi pengurus penyanyi itu, Rizal, menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.
“Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.
“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” tulisnya.
Khai sebelum ini memaklumkan kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru. – GayahIsTyping
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Seeking Rahma 2025 Angkat ‘Janji Yang Pasti’ – Mohamed Tarek Turut Buat Persembahan
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat