October 11, 2024

Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi

Ziana Zain bukan manusia? Malah penyanyi dengan imej kening terangkat itu menjadi angkara huru-hara sebuah kampung dek gigitan berbisanya.

Ziana juga bukan Ziana tetapi bertukar identiti menjadi Kemboja seorang jururawat misteri.

Lebih menyedihkan, dua Pontianak 200 kilogram (kg) pula menjadi mangsa dan terheret dalam tragedi cinta tiga segi.

Semua kisah misteri dan seram ini boleh disaksikan dalam filem terbaharu terbitan Primeworks Studios dan Metrowealth dengan bangganya mempersembahkan filem terbaru, Pontianak 200 kg, sebuah kesinambungan yang dinantikan daripada telefilem popular Pontianak 100 kg.

Pontianak 200 kg diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan menampilkan Aya Amiruddin sebagai teraju utama juga penampilan sulungnya dalam layar perak.

Ini merupakan filem pertama di mana Aya Amiruddin diberi peranan utama, satu tanggungjawab besar yang pastinya dinantikan oleh peminatnya.

Filem Pontianak 200KG menampilkan barisan pelakon hebat seperti lain seperti Dottie, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, serta bakat baharu Malia Baby.

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Terbalik menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan.

Suhaimi ketika ditemui berkata, filem berkenaan turut mengambil ilham dari beberapa karya Allahyarham Mamat Khalid namun digarap dengan caranya tersendiri.

“Saya akui memang ada mengambil inspirasi dari filem arwah Mamat Khalid kerana saya amat minat dan hormat karya beliau namun saya sesuaikan dengan cara saya.

“Ini juga filem sulung saya dan saya berharap semua pihak memberikan sokongan dan teguran membina kepada saya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof, Pontianak 200 kg bertujuan untuk memperkayakan lagi genre dalam industri perfileman Malaysia dengan membawa elemen seram komedi yang segar.

Bagi David Teo pula, filem ini adalah bukti komitmen mereka untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Dengan tagline ‘filem komedi paling berat abad ini’ sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 5 September lalu. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts