Bakat baharu Najmi Niery melahirkan rasa teruja apabila percubaan single berjudul Dekati membuahkan hasil malah lebih bermakna apabila mula mencuri ati pendengar dari negara seberang.
Dekati. bukan sahaja tular di platform TikTok tetapi juga menjadi antara lagi kegemaran peminat dari Indonesia yang sentiasa memberikan sokongan sejak dilancarkan setahun yang lalu berdasarkan jumlah pangkalan data strim yang meningkat dari semasa ke semasa.
“Saya anggap ini rezeki untuk orang baharu seperti saya. Daripada sekadar meluahkan apa yang terbuku di dalam hati melalui Dekati., ia menjadi karya yang diminati ramai oleh peminat terutamanya mereka yang berada di Seberang.
“Ramai yang menyangka saya merupakan salah seorang penyanyi Indonesia memandangkan ‘bunyinya’ lebih mesra pendengar di sana. Saya anggap ini rezeki apabila orang mula mengenali Dekati. dan mempopularkan nama saya sedikit demi sedikit,” kata penyanyi ini lagi.
Kebolehan yang ada pada Najmi bukan sekadar menyanyi semata-mata tetapi dia juga mampu mencipta lagu dan menulis lirik dengan baik sejak di bangku sekolah lagi. Lebih menumpukan kepada rentak balada dan R&B, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga cenderung kepada pop jazz.
Untuk naskhah Dekati, dia menggunakan khidmat Ari Renaldi untuk proses mixing dan mastering yang merupakan salah seorang berpengaruh dalam bidang muzik di Indonesia. Sebagai rekod, Ari juga pernah bertindak selaku penerbit kepada beberapa nama besar termasuklah Afgan, Yura Yunita, Tulus dan Glenn Fredly sebelum ini.
“Bagi saya apabila mereka mula mengenali nama Najmi Niery atau karya Dekati pun sudah memberikan kegembiraan memandangkan saya tahu kehadiran saya diterima baik.
“Saya bersyukur dengan penerimaan peminat selama ini bila melihatkan jumlah strim menghampiri 2 juta. Itu petanda yang baik untuk saya terus memberikan yang terbaik kepada karya-karya yang akan datang,” katanya lagi.
Dia gembira apabila turut berpeluang menyertai beberapa festival muzik di Indonesia termasuklah Southeast Serenade Festival Makassar selain menyertai beberapa konsert tempatan seperti Malam Galau Indonesia 2.0 dan Malam Terpaling Galau Indonesia @ZEPPKL tahun lalu.
Jelasnya, sambutan yang diberikan peminat begitu luar biasa dan sedikit sebanyak dapat memperkenalkan jenama Najmi Niery kepada orang baharu meskipun bergerak secara solo ketika itu.
“Sebelum ini saya bergerak secara sendirian dan baru sekarang saya mempunyai pengurus, Anne Mukhtar yang berpengalaman luas dalam bidang muzik. Insya-Allah akan ada karya baharu dan perancangan lain yang bakal dilaksanakan nanti,” tambahnya lagi. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad