November 27, 2022

Suria FM ajak ‘pow’ artis

PETALING JAYA: Suria FM membuka  peluang kepada pendengar stesen itu untuk mendapatkan barangan peribadi selebriti kesayangan anda.

Bersiaran secara langsung melalui Facebook Suria Malaysia, kali ini Jom Pow Suria akan memperkenalkan Jom Pow Selebriti Suria pula dimana selebriti-selebriti popular tanah air akan memberikan barangan-barangan peribadi mereka kepada pendengar bertuah.

Antara barisan artis yang anda boleh ‘pow’.

Antara selebriti-selebriti yang akan turut serta di dalam segmen Jom Pow Selebriti Suria ini adalah seperti Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Haqiem Rusli, Luqman Faiz, Sufian Suhaimi, Fara Hezel dan ramai lagi. 

Segmen Jom Pow Suria yang melibatkan penyampai Suria seperti Ajak, Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin mendapat sambutan hangat daripada pendengar-pendengar setia Suria FM.

Sebelum artis, penyampai Suria dah kena ‘pow’ dulu.

Mula disiarkan pada awal Februari lepas, segmen ini memberi peluang kepada pendengar untuk mendapatkan barangan peribadi milik penyampai-penyampai Suria.

Pakaian yang berjaya ‘dipow’ oleh pendengar Suria FM.

Gayah nak pow DJ Lin lah, lama tak berjumpa dengan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts