April 23, 2025

Ruhainies Nafi Cinta Anak Ahli Politik

KUALA LUMPUR: Pelakon kecil molek Ruhainies manafikan khabar yang bertebaran kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta dengan anak seorang ahli politik.

Dia berkata hatinya belum terbuka untuk orang baharu dan masih meletakkan keluarga serta kerjaya sebagai keutamaan.

“Tidak betul dan saya tak terbuka hati untuk orang baharu setakat ini. Fokus saya masih sama iaitu kerja dan keluarga,” katanya kala ditemui baru-baru ini.

Ruhainies bersama pereka Rizman dan Ruzaini pada majlis prebiu fesyen RR Cruise baru-baru ini.

Dakwaan itu mula timbul selepas Ruhainies dilihat muncul dalam kempen pilihan raya ahli politik terbabit pada Pilihab Raya Umum lalu.

“Saya turun berkempen atas jemputan dan dibayar bukan kerana terikat dengan sesiapa.

“Lagipun bukan saya seorang artis yang terlibat, ramai juga yang lain (artis) turun,” katanya.

Wanita berusia 30 tahun itu bagaimanapun berjanji akan berkongsi kepada semua apabila sampai masa dia bertemu jodoh.

Mengulas mengenai misi 2023, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu berkata, dia akan memilih naskhah lakonan yang lebih sesuai pada tahun depan.

“Saya percaya sudah berpengalaman dan perlu memilih naskhah yang sesuai. Lagipun bagi menyesuaikan dengan jadual kerjaya lain.

“Saya juga akan memberi tumpuan pada perniagaan yang saya jalankan serta peranan sebagai duta produk,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts