Katalah apa sahaja, saya tidak gentar!
Pemilik gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya memberitahu dia tidak gentar dengan apa saja yang bakal dihadapi selepas lebih dikenali termasuk berdepan dengan netizen.

Bagi gadis berusia 18 tahun ini, dia sudah melalui pelbagai fasa kritikan dan cemuhan malah sering diejek ketika kecil terutamanya apabila membabitkan warna kulitnya.
“Saya sudah lali, macam-macam saya dah berdepan. Ejek saya kerana kulit, saiz badan dan macam-macam lagi.
“Saya tidak kisah kerana semua itu jadikan saya kuat dan lihat apa yang saya perolehi hari ini,” kata pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan.
Memikul gelaran itu, Haneesya berkata dia tidak mahu menoleh ke belakang dan akan terus memburu impian dalam bidang peragaaan dan seni.
“Saya tidak sangka saya menang, saya masih tidak percaya. Ini semua rezeki dan saya gembira,” katanya yang turut dedikasikan kemenangannya itu kepada ibu tersayang.
Mengenai kemungkinan bakal berdepan dengan kritikan netizen, Haneesya akui tidak gentar dan hanya akan bersikap positif.
Haneesya menewaskan empat gadis lain bagi merebut gelaran dalam siaran langsung yang ditayangkan di Astro RIA pada Ahad lalu.
Pemenang tempat kedua ialah Tia Sarah, diikuti Sherin di tempat ke tiga.

Gayah secara jujur melihat Haneesya memiliki pakej dan personaliti yang kuat untuk menang.
Kelebihan paling jelas sebutannya ketika berkomunikasi bunyi Melayu dan Malaysia berbanding peserta lain (kecuali Anna Jobling) yang ibarat menetap di luar negara sejak berkurun lalu sebelum balik menyertai Dewi Remaja.
Dalam mana-mana juga pertandingan membabitkan personaliti, jati diri sangat penting. Sebab itu bekas Dewi Remaja seperti Scha Al-Yahya disenangi. Jadi diri sendiri.
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya