KUALA LUMPUR : Keluarga Allahyarham Fiza Kamarudin berharap urusan membawa pulang jenazah wartawan hiburan ke Malaysia dipermudah.
Difahamkan, prosedur untuk membawa pulang jenazah Fiza , 40, dari London mungkin akan memakan masa seminggu memandangkan prosesnya membabitkan pelbagai dokumen.
Adiknya, Linda Kamarudin, 39, berkata, pihak keluarga berharap agar dengan bantuan Kedutaan Malaysia di London dapat membantu mempercepatkan proses membawa pulang jenazah.
“Jenazah akan dibawa balik dan setakat ini, suaminya masih lagi menguruskan beberapa dokumen. Antaranya nak proses sijil kematian yang mana akan memakan masa selama sehari dua.
“Urusan lain pun, perlu tunggu pada hari Selasa memandangkan pejabat di sana masih bercuti. Jadi, mungkin akan masa lebih kurang seminggu untuk selesai.
“Bagaimanapun, kami berharap dengan bantuan pihak kedutaan, prosesnya menjadi lebih singkat,” katanya.
Ditanya sama ada mereka mempunyai perancangan lain iaitu untuk mengebumikan jenazah di sana, Linda berkata, mereka tidak merancang mengenai perkara itu memandangkan kosnya juga lebih tinggi.
“Kami sudah berbincang, kalau boleh nak bawa jenazah pulang ke Malaysia juga. Ini kerana ada kenalan yang maklumkan kos untuk kebumikan jenazah di sana lebih mahal dari kos membawa pulang.
“Mengenai kos hospital dan kos untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia, kami belum dapat makluman jumlah penuh lagi. Khabarnya, pihak kedutaan akan bantu juga,” katanya.
Di London, Roshdi kini turut dibantu dan menerima nasihat daripada persatuan komuniti Islam dan juga pihak kedutaan.
Fiza meninggalkan suami dan dua cahaya mata, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8. – GayahIsTyping
You may also like
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Anak Seni Dan Pendidikan – Haris Embong Yakin Ilmu Mampu Tingkat Kredibiliti Serta Kualiti Seni
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur