Penyanyi power vocal, Jaclyn Victor melahirkan rasa gembira apabila bekas suaminya mendirikannya rumah tangga baru-baru ini.
Dia berkata, sebagai bapa kepada anak-anaknya, Jaclyn yang mesra disapa Jac mengakui sentiasa mendoakan yang baik-baik buat bekas suaminya Shawn Rivera.
“Saya tumpang gembira dan saya secara jujurnya sangat seronok untuknya.
“Walaupun dia yang sebelum ini dia kata dia tak nak kahwin semua akhirnya jumpa seseorang dan kahwin.
” Saya juga ada ucapkan tahniah melalui IG Story yang dia kongsi dan saya kongsi semula,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media Jaclyn Victor First Solo Concert yang bakal berlangsung pada 12 Oktober ini di Zepp KL.
Jac berkata, bekas suaminya tidak berkongsi secara langsung namun hanya dia juga hanya tahu menerusi media sosial.
Ditanya mengenai hubungan dia dan Rivera, Jac aku jarang berhubung dan hanya atas dasar anak-anak.
“Dia pun jauh, baru-baru ini dia ada datang ke Malaysia selama sebulan dan ada jumpa anak-anak,” katanya.
Jac dan vokalis kumpulan R&B antarabangsa AZ Yet itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan bercerai pada 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera,7. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya