April 20, 2024

Nabila Razali Sah Milik Nik Iruwan

BUKIT TINGGI : Penyanyi Nabila Razali, 31, sah menjadi suri hati kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10. 11 pagi tadi.

Pemilik nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali itu selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Foto : Moderate KL

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu.

Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts