Gie mencipta sejarah apabila muncul juara wanita pertama dalam rancangan Kilauan Emas 2024 yang berlangsung di Bangunan Royal Teater Shah Alam sebentar tadi.
Rancangan realiti sudah enam musim berlangsung bermula pada 2011 itu, sebelum ini mengangkat peserta lelaki sebagai juara.
Gie berasal dari Johor, menewaskan lima finalis lain menerusi persembahan solo membawakan lagu Allahyarham Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini berjudul Kau Pergi Tanpa Pesan.
Dia turut berduet dengan Tuan Sidi melalui lagu Jangan Menangis Sayang pada pusingan kedua dalam pertandingan yang diadili juri profesional Datuk Hattan, Erra Fazira dan Edry Abdul Halim.
Finalis turut diadili oleh juri awam dan penonton di rumah.
Gie yang juga seorang pejuang kanser, membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej umrah, pakej penginapan percutian dan trofi.
Gie turut memenangi anugerah mingguan Emas Berkilau.
Tempat kedua dimenangi oleh Sidi yang bertugas sebagai pegawai penjara manakala Ina di tempat ketiga.
Kilauan Emas akhir turut diserikan dengan persembahan penyanyi Fauziah Latiff dan Ramlah Ram serta diacarakan oleh Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom.- GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual