December 8, 2024

Reyhana Yunus Kecewa Dan Penat Tapi Bersyukur

KUALA LUMPUR : Empunya diri mengaku, sering menerima pujian memiliki vokal yang baik dan sedap didengar. Hakikatnya bukan mudah untuk Reyhana Yunus mencari tempat dalam industri hiburan tempatan.

Meski pernah menang di beberapa peringkat antarabangsa seperti WCOPA, dia belum mendapat tempat selesa sebagai penyanyi.

“Saya akui penat dan ada rasa kecewa tapi saya percaya soal rezeki. Belum lagi masanya buat saya.

“Malah saya juga bersyukur kerana masih menerima undangan persembahan tanpa putus sebagai sumber rezeki,” katanya yang juga pernah menyertai Bintang RTM.

Dia ditemui pada konsert World Stars Celebration yang merai kejayaan Karyawan Seni Persembahan Malaysia Di Kejohanan WCOPA baru-baru ini.

Konsert itu anjuran MATME Management buat julung kalinya di Dominus Arts Venue Grand Hall, Fairview International School, Kuala Lumpur.

Konsert tersebut menampilkan seramai 17 alumni karyawan seni persembahan yang telah mewakili Malaysia ke kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) dan berjaya memenangi pingat serta gelaran dalam kategori seni persembahan yang disertai mereka.

Konsert yang berlansung selama 2 jam itu telah dijayakan oleh barisan alumni WCOPA terdiri dari Farhana Mohamad, Ananda Wilson, Dr. Sharip Zainal, Nisa Addina TauÞk, Mohd Nurulazmie, Reyhana Mohd Yunus, Megan Lo Uise, Aloysius Susek, Pasqueletta Paulus, Muhammad Iskandar, Dhestiansa Rajeswara, Melissa Anne Jude, Sarah Qistina Lim, Amberly Maidon, Chloe Phang Ketty Natalia Rasul dan Dato’ Wahadaniah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MATME dan Pengarah Program MCOPA
Romli Bidin berkata konsert itu bertujuan untuk mempamerkan bakat alumni Malaysia ini yang telah mencapai kejayaan besar di persada antarabangsa.

“Saya rasa bangga dengan kecemerlangan yang dicapai oleh alumni ini. Pencapaian mereka telah mendapat penghormatan dan pengiktirafan sebagai karyawan seni persembahan di Hollywood,” ujarnya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts