KUALA LUMPUR : Melihat betapa optimistik dirinya mahu memulakan koordinat kerjayanya dalam industri hiburan kala bertemu baru-baru ini, Shatirah Amanda sudah lulus dengan baik.
Bunga berasal dari Kelantan ini tahu dan nekad dengan pilihan jalur muziknya berbanding pilihan klise ‘budak budak baru nak up’ yang memilih genre balada.
“Saya yakin lebih sesuai dengan muzik seperti yang saya bawakan. Irama lebih segar dan ala cenderung ke aliran bunyi K-pop.
“Saya pernah cuba balada, tapi saya kurang selesa kerana bukan diri saya,” katanya.
Mesra dengan senyuman, dia mengakui dirinya tidak pernah berputus asa untuk memperjuangkan kariernya dalam industri muzik.
Pernah tampil dengan tiga single sebelum ini, Shatirah yang juga pemenang Top 5 Dewi Remaja 2020 kini mempertaruhkan lagu baharu Langit Bukan Limit.
Lagu bergenre pop atau hip hop hasil ini sentuhan komposer Mas Dewangga dan liriknya diilhamkan oleh Shatirah sendiri.
Menurut Shatirah, ilham tersebut muncul apabila memikirkan tentang wanita-wanita yang sentiasa kuat dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupan mereka.
“Ketika itu saya fikir apa salahnya jika perjuangan mereka ini diterjemahkan dalam lagu. Ramai wanita kuat di luar sana yang sentiasa bersemangat, tidak berputus asa untuk mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan.
“Saya harap lagu ini dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah menjalani kehidupan yang sukar dan berani untuk bertindak demi pencapai matlamat hidup mereka.
“Saya berharap para pencinta muzik akan dapat menerima kepelbagaian konsep dan genre yang dibawa kali ini serta cita-cita saya untuk memperkenalkan bakat ke peringkat antarabangsa akan tercapai,” katanya.
Orang ramai boleh mula mendengar lagu ini menerusi platform iTunes, Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.
Dalam perkembangan lain, Shatirah Amanda bakal muncul menerusi filem seram arahan Datuk TS Jeffri yang berjudul ‘Marrak’ yang akan ditayangkan di pawagam pada Ogos ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan