PUTRAJAYA : Bike and Beans Cafe melahirkan rasa teruja apabila secara rasminya menjadi syarikat yang membawa basikal premium berteknologi Itali ke negara ini.
Pengarah Pemasarannya, Samsul Kamal Arrifin berkata, keunikan
Officine Mattio adalah strategi perniagaannya yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.
Selain reka bentuknya yang eksklusif, setiap perincian basikal ini juga dihasilkan
dengan penuh teliti.
“Jenama ini memang premium dan anda boleh tentukan sendiri warna serta rekaan yang diminati beserta ukiran nama dan siap dalam masa tiga bulan.
“Malah mereka juga memilih untuk tidak menyertai pertandingan kerana mahu menjaga kualiti berbanding kuantiti,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada
tiga acara khas yang telah dijalankan serentak Sabtu lalu sempena meraikan jenama Officine Mattio, iaitu Fun Ride, Majlis Perasmian Officine Mattio dan pameran barangan basikal seperti pakaian serta aksesori.
Bike and Beans sebuah kafe yang turut menjual basikal dan alatan aktiviti sukan berkenaan terletak di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini.
Bercerita lanjut, Samsul berkata
Officine Mattio merupakan basikal berjenama dari Itali yang terkenal dengan kualiti basikal buatan tangan.
Lebih menarik, karbon fiber yang digunakan pada badan basikal ini, sama seperti kenderaan mewah Ferrari dan Lamborghini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Adam Adli turut sama
memeriahkan program ini.
Pada masa sama, Samsul berharap kerajaan Madani turut memberikan tumpuan dalam menambah baik prasarana aktiviti berbasikal di negara ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Menangi RM25,000 Di Pantai Timur Food Festival
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu
-
Bangsa? Saya Anak Malaysialah! – Daniel Cheang