December 8, 2024

Hariz Hamdan dan Amy Nur Tinie Mengaku ‘Berkasih’

KUALA LUMPUR: Dua pelakon sedang meningkat naik Hariz Hamdan dan Amy Nur Tinie mengaku mereka pasangan yang sedang ‘berkasih’. 

Namun keputusan itu dibuat hanya demi mendapatkan ‘mood’ watak sebagai pasangan kekasih sepanjang menjalani penggambaran filem Jemputan Ke Neraka.

“Hariz walaupun muda perangai dia sangat matang dan mengambil berat. Jika orang yang tidak biasa dengannya pasti akan tersalah anggap dan menyangka dia ada hati dengan wanita itu.

“Mengenali Hariz, dia akan melayan baik semua wanita tidak kiralah saya mahupun orang lain. Jangan mudah cair atau terjatuh cinta dengan dia sudahlah.

“Secara peribadi saya tidak kisah kalau kekasih lebih muda asalkan bersikap matang. Umur sekadar angka yang paling penting hati dan kematangan seseorang,” tutur Tinie yang berusia 27 tahun.

Hakikatnya Hariz dan Tinie sememangnya bersahabat baik, malah mereka telah saling mengenali sebelum penggambaran filem arahan Amor Rizan itu lagi apabila sama-sama terlibat dalam drama Alamak Lagi Lagi Dia, selain kerap melakukan ‘live’ bersama di Instagram serta TikTok.

Sementara itu, Hariz yang juga bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2020 mendedahkan, semenjak kecil dia telah dididik untuk menghormati orang sekeliling termasuk wanita tidak kira di mana sahaja dia berada.

“Jika ada mana-mana wanita tersalah erti dengan layanan baik saya dan menyangka saya menyukai mereka terpulanglah.

“Itu bukan masalah saya kerana di set penggambaran saya hanya komited untuk bekerja,” luah Hariz jujur.

Mengulas tentang gandingannya dengan Tinie, Hariz mengakui dia cukup senang dan menyukai wanita asal Ipoh, Perak itu kerana kematangannya.

Dalam filem Jemputan Ke Neraka, Hariz memegang watak Fiq yang merupakan kekasih kepada Sofea lakonan Tinie.

Filem yang akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini turut dibintangi oleh Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan dan Alif Hadi. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts