KUALA LUMPUR: Radio GEGAR, jenama radio No. 1 Pantai Timur di bawah naungan Astro Radio, memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori radio di majlis MCMC Star Rating Awards 2021, pada 21 Disember lalu.
Pengurus Kandungan GEGAR Raja Nadia Salwana Raja Hisham menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta diiringi Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
Raja Nadia berkata anugerah itu adalah pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh GEGAR kepada rakyat Malaysia.
“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik bagi industri penyiaran radio tempatan, lantas dapat memberi kepuasan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.
“Kami berharap semua dapat terus menikmati kandungan terbaik yang diberikan oleh GEGAR, serta menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang,” katanya.
MCMC Star Rating Awards mula diperkenalkan pada 2016, dengan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna serta menyemai budaya kecemerlangan kualiti dan mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat antara penyedia perkhidmatan.
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier. – GayahIsTyping
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Tidak Fake – Siti Jamumall Jadi Diri Sendiri
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dari Pelakon Kini Penyanyi – Taiyuddin Dan Uncure Lahir Karya dan Persembahan Buat Palestine