PETALING JAYA: Kumpulan penyanyi wanita yang semakin popular, Dolla menampilkan kelainan tersendiri menerusi single terbaharu mereka bersama Naim Daniel dengan menggunakan judul yang panjang iaitu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat.
Lagu ciptaan Naim bersama Adib Hamdi itu sebagai percaturan baharukumpulan Dolla yang bakal membawakan lagu bergenre balada selepas kejayaan lagu pop mereka seperti Impikan, BAD dan Berani yang terbukti berjaya dan meraih jutaan tontonan di YouTube.
Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel meluahkan rasa teruja apabila dapat berduet dengan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Naim yang dilancarkan pada 30 September lalu.
Menurut Sabronzo, lagu ini adalah sebuah karya yang bukan hanya mengisahkan tentang cinta semata-mata, malahsetiap individu boleh mempunyai definisi tersendiri terhadap lagu terbabit.
“Lagu ini boleh dikatakan sangat jelas dan bukan hanya berkisarkan cinta. Walaupun lirik dan melodinya kedengaran kearah itu, tetapisesiapa saja berhak menentukan maksud lagu ini mengikut situasi yang sedang merekahadapi.
“Namun mesej utama lagu ini adalah mengenai muhasabah diri dimana kita mengharapkan orang lain dapat merasai dugaan atau situasi yang sedang ditanggung. Saya akui lagu ini agak beremosi dan sedih.
“Walaupun lagu ini adalah sebuah karya yang berat untuk dibawakan kerana kali pertama juga kami memberanikan diri membawa genre sebegini, tapi kami bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan hebat ketika proses rakaman dijalankan.
“Setiap anggota kumpulan Dolla diberikan bahagian untuk dinyanyikan dan kami sama-sama membantu dalam memperkemaskan lagi lagu ini supaya menjadi hadiah yang indah buatpeminat,” katanya.
Sementara itu, Naim berkata, lagu yang ditulis sejak lebih setahun lalu itu diharapkan dapat diterima ramai memandangkan pendengar akan melihat sisi berbeza Dolla.
“Mungkin ini adalah lagu paling sedih pernah saya hasilkan. Lagu ini mengisahkan semangat yang hilang terhadap sesuatu perkara terutama berkaitan cinta. Karakter lagu ini juga sedih dan pemilihan tajuk juga saya pilih paling mudah dan menangkap di jiwa pendengar,” katanya. – GayahIsTyping