December 8, 2024

D’herbs Buka Butik Kecantikan

KUALA LUMPUR: Selepas lebih sedekad dalam industri, produk jenama makanan kesihatan D’herbs akan membuka butik kecantikan di pasar raya utama di negara ini.

Pengasasnya, Datuk Seri Aliff Syukri berkata ia adalah penjenamaan semula jenama itu demi melangkah ke tahap lebih baik.

“Kami akan membukan butik kecantikan dengan barisan produk jualan terlaris kami di pasar raya seperti butik kecantikan jenama antarabangsa.

” Melalui butik ini pengguna boleh membeli terus barangan di butik berkenaan dengan tawaran lebih menarik dan berkualiti,” katanya ketika ditemui Gayah.

Aliff berkata, butik itu juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa selebriti tanah air dalam usaha memberikan peluang memasarkan produk mereka dengan lebih luas.

Beliau berkata, hanya produk berkualiti yang dipilih untuk dijual di butik kecantikan D’herbs itu nanti.

Terbaharu, D’herbs melantik Datin Diana Danielle selaku duta produk Jus Perawan yang menjadi antara produk killer jenama itu.

Pengasas bersama, Datin Seri Nur Shahida berkata, Diana dipilih kerana personaliti wanita itu yang kuat dan tabah serta sentiasa positif.

Katanya, Diana juga terkenal dengan pengguna yang mengutamakan produk kesihatan organik dan herba.

Diana ketika ditemui berkata, beliau bersetuju selepas mencuba sendiri produk berkenaan yang menggunakan seratus peratus bahan herba semula jadi.

“Saya juga gembira kerana Datuk Seri dan Datin Seri memberikan kebebasan untuk saya mempromosikan produk ini dengan cara saya.

” Lagipuan ia produk yang baik jadi wajar saya kongsikan dengan semua orang, ” katanya.

Sementara itu, Aliff kini sibuk dengan promosi single berjudul Cowok Baru dan sudah menandatangani kontrak sebagai artis di bawah syarikat Datu Entertainment.

Gayah ucapkan moga semuanya sukses dan jangan gaduh-gaduh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts