November 27, 2022

Penganjur Janji Kepuasan Penonton Konsert ‘Naga Kramat’ Wings

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wings bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert Naga Kramat sebagai siri konsert terakhir untuk tahun ini di Kuala Lumpur.

‘Naga Kramat’ menjadi pilihan jenama konsert kerana ia boleh memberi gambaran tentang kehebatan anggota kumpulan Wings bila berada dipentas yang besar dan gah serta ia juga tajuk bagi sebuah album Wings yang diterbitkan pada tahun 2002 (album ke 10).

“MW Mega Production dan Awie Entertainment merancang lebih kurang dua bulan lepas untuk melaksanakan projek ini. Peringkat awal agak sukar kerana jadual Wings dan Datuk Awie agak padat. Setelah berbincang dengan pihak Awie Entertainment akhirnya tarikh keramat ini dipilih sebagai hari yang terbaik untuk menjayakannya,” kata penganjur konsert itu, Mashar Mokhtar.

“Ini adalah projek sulung MW Mega Production dan pastinya saya meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk acara ini. Saya memberikan 110 peratus komitmen bagi memastikan konsert ini berjalan lancar dan berjaya. Saya menyeru semua sayap-sayap Wings dan peminat rock tanahair untuk datang dan saksikan sendiri konsert ini.

“Saya janji ia akan memberikan kepuasan yang maksima untuk anda,” katanya.

MW Mega Productions turut mengumumkan satu harga baru khas untuk pelajar institusi pengajian tinggi iaitu RM169.00 bagi tiket kategori bediri di zon ‘Bujang Senang’ sebagai memenuhi permintaan dalam kalangan mereka.

Mashar berkata syaratnya mudah, pelajar hanya perlu menunjukkan bukti kad pelajar semasa membuat tempahan atau belian dan pembelian tiket ini hanya sah melalui ejen Sayap – Sayap Wings.

Selain itu, pihak penganjur juga sedang mempertimbangkan untuk menambah jumlah kerusi memandangkan permintaan yang agak tinggi untuk kategori tempat duduk.

”Kami akan umumkan dalam masa terdekat dimedia sosial Naga Kramat dan Sayap – Sayap Wings, ianya masih dalam perbincangan antara kami, Zepp KL dan ticket2u,” katanya.

Sementara itu, Awie berkata bukan semua lagu yang bakal dinyanyikan dari album Naga Kramat sebaliknya pelbagai lagu akan dibawakan untuk penonton.

“Tidak, bukan semua lagu dari album Naga Kramat akan dipersembahkan. Mungkin ada lagu dari album itu, ia hanyalah nama konsert ini sahaja. Yang pastinya saya nak bagi peminat puas dengan pemilihan lagu – lagu ‘best’ buat mereka yang datang.

“Saya ingin mereka mencipta memori setiap kali menyaksikan persembahan atau konsert kami. Mereka datang berbayar dan bukan percuma, saya menghargainya dengan membuat persembahan yang terbaik,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts