KUALA LUMPUR: Saluran televisyen baharu SUKE TV mula mencuri tumpuan penonton dengan kelainan yang ditawarkan dalam variasi kandungannya.
Pemilik siaran televisyen percuma itu, Datuk AC Mizal berkata meskipun baru tiga bulan beroperasi secara penuh, penerimaan dalam kalangan penonton sangat positif.
“Syukur kita sudah mendapat jumlah tontonan mencecah 30 juta orang menerusi pelbagai platform termasuk dekoder dan digital.
“Menerusi statistic dari AC Nielsen kami sendiri teruja dengan sambutan yang diberikan meskipun masih baharu,” katanya dalam pertemuan dengan Gayah baru-baru ini.
SUKE TV boleh ditonton menerusi saluran 116 MyTV atau di platform digital lain termasuk media sosial.
AC berkata beliau berbangga kerana selepas lima tahun akhirnya impian untuk memiliki stesen televisyen tercapai.
Lebih manis ini ialah stesen televisyen pertama milik artis di negara itu iaitu dirinya dan isteri Datin Emylea Rosnaida.
Lantaran katanya, beliau mahu stesen itu menjadi medan rakan industri hiburan bersama-sama mencari peluang untuk menjana pendapatan.
“Kita mengambil pendekatan terbuka tidak ada soal persaingan anda boleh datang pada kami dan sama-sama promosikan produk atau karya seni anda meskipun dengan stesen lain.
“Kami juga menjalankan kerjasama dengan lebih 70 artis untuk memasarkan produk mereka menerusi segmen Suke Shop kami,” katanya.

AC juga mahu supaya SUKE TV menjadi perkampungan untuk warga industri sama-sama membina dan mencari peluang pendapatan.
“Datang pada kami dan mari kita lihat apa yang boleh kita jalinkan kerjasama demi kebaikan bersama.
“Kami juga membuka peluang kepada semua peniaga termasuk IKS untuk memasarkan produk mereka dengan kadar air time bermula RM200 sahaja,” katanya.
Bercerita lanjut, AC berkata Berita Latah antara rancangan paling popular di stesen itu dan mendapat sambutan hangat termasuk di TikTok dengan jumlah tontonan mencecah 10 juta.
Mempunyai 80 pekerja ketika ini, SUKE TV turut mempunyai dua studio sendiri di pejabat mereka di ibu kota.
“Saya bersyukur doa saya dan isteri termakbul dan Allah berikan pada masa yang terbaik serta sesuai.
“Saya memang memasang niat untuk membantu orang menerusi stesen ini dan saya mengalu-alukan semua yang berminat supaya kita boleh bekerjasama,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu