September 13, 2024

Suraya Tunggu Tujuh Tahun

KALAU LUMPUR: Air mata menjadi bahasa syukur dan gembira penyampai Suria FM, Suraya Borhan menyambut kelahiran puteri sulungnya semalam.

Bagi Suraya dan suami, Mohd Johanif  Mohamed Nadzirin, kehadiran bayi perempuan seberat 3.23 kilogram itu sangat bermakna setelah menunggu selama tujuh tahun.

Suraya kongsi gambar puteri sulungnya di akaun Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pastinya perasaan yang sangat indah bagi kami.

“Tujuh tahun kami sabar dan akhirnya Allah hadirkan rezeki dan amanah ini,” katanya kepada Gayah.

Kiriman Suraya kepada Gayah selepas semua selamat semalam, 27 Mac 2020.

Suraya berkata, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Unibersiti Malaya kira-kira jam 3.46 petang.

Gayah sempat pesan pada Suraya supaya ambil langkah keselamatan yang lebih dalam situasi negara hari ini yang berdepan dengan Covid-19.

Suraya kongsi gembira dengan suami.

Diharapkan semua pihak juga tangguhkan dulu lawatan terhadap bayi dan ibu, mereka perlukan suasan yang bersih serta bebas kuman.

Gayah tumpang gembira dan doakan supaya puteri Suraya membesar menjadi anak solehah dan pintar.

Apapun, duduk rumah diam-diam semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts