December 1, 2022

Penganugerahan Dua Tahun Berturut-Turut DJ Lin

KUALA LUMPUR: DJ Lin mencipta sejarah tersendiri apabila muncul dua tahun berturut-turut sebagai pemilik Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai buat kali kedua anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest.

Penyampai yang popular menerusi segmen Suria Cinta itu menerima anugerah berkata pada sebuah majlis baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM mengakui teruja dengan anugerah yang diterima dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan tersebut.

Menurut DJ Lin, anugerah yang diterima ini adalah atas doa keluarga dan sokongan serta hasil undian daripada rakyat Malaysia yang sentiasa bersamanya sepanjang 23 tahun bertapak dalam industri radio Malaysia.

“Anugerah dan pencapaian ini bukan sahaja untuk diri saya, bahkan mewakili seluruh keluarga Suria FM dan ianya juga membuktikan jenama DJ LIN dan SURIA CINTA terus bertapak kukuh di hati pencinta dunia radio.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak penganjur, Majalah antarabangsa, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan rakan media serta para peminat yang sentiasa di sisi sepanjang perjalanan karier seni saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio,” katanya

Baginya, tanpa sokongan daripada semua pihak, beliau tidak akan berada di tahap ini justeru, anugerah yang dirangkul akan menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus berusaha memberikan yang terbaik buat semua pendengar setia Suria FM sekaligus mengangkat nama dan prestasi jenama Suria di tahap yang lebih membanggakan.

Anugerah yang sama juga diterima tahun lalu dan kali ini menjadikan ia anugerah ke-11 buat DJ Lin.

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-24 yang diterimanya itu mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada 5 negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi Suria Malaysia dan saluran YouTube Suria TV. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts