November 27, 2022

Cantik Dan Terbang Ke Korea

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2022 – Sekiranya anda mengikuti perkembangan terkini tentang siri terbaru Viu Original, She Was Pretty, anda mungkin mahu mula merancang untuk percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan!

Peraduan ini diumumkan oleh Blimey semasa majlis pelancaran drama Viu Original di Tropicana Gardens Mall pada 21 Jun. Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey!

Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.

Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.

Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai.

Adaptasi drama Korea She Was Pretty versi Malaysia dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Daniella Sya kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod setiap Khamis, dan tiga episod pada minggu akhir tayangan.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman web www.viu.com. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts