December 1, 2022

PTTI RAIKAN 335 PELAJAR CEMERLANG, MK & IMAN TROYE SERONOK JADI DUTA

KUALA LUMPUR: Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata usaha berkenaan sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar usaha keras setiap daripada mereka dalam mencipta kejayaan.

“Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.

“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga, Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini,” katanya.

Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40, PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

Sementara itu, penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique dan Iman Troye masing-masing melahirkan rasa seronok menjadi duta PTTI sejak dua tahun lalu.

MK berkata, selain berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar terbabit dia turut berpeluang memperbaiki dirinya dalam aspek kehidupan.

“Saya juga berkongsi mengenai realiti dunia hiburan dan pentingnya pendidikan dalam menjamin masa depan,” katanya.

Iman juga senada dengan MK, melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang berkongsi pelbagai pengalaman sementelah dirinya seorang penuntut universiti.

“Bagi saya mereka semua sangat komited pada pelajaran malah saya juga turut mengambil semangat mereka buat saya dalam merancang pengajian saya,” katanya – Gayahistyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts