April 25, 2025

MAGERAN UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH BAIK

KUALA LUMPUR : Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mampu memainkan peranan dalam usaha menjadikan keadaan Malaysia lebih baik.

Perkara itu diluahkan Ahli Perniagaan Antarabangsa, Datuk Abul Hasan Mohamed Rashid, 78, ekoran situasi politik negara yang dilihat hura hara di saat ancaman pandemik yang melanda.

Lantaran dalam satu kenyataan, Abul Hassan berkata, MAGERAN boleh berperanan membersihkan dan melicinkan undang-undang sedia ada yang tidak memihak kepada rakyat Malaysia.

Abul Hasan

Beliau berkata, pada masa ini banyak undang-undang berkaitan dengan banyak perkara dan semua ada kepincangan, tidak boleh dibaiki dengan Parlimen.

“Untuk tukar undang-undang atau Perlembagaan, Parlimen kena ada 2/3 majoriti. Pada masa ini saya tak nampak perkara ini boleh berlaku,” katanya.

Abul Hasan mencadangkan golongan cerdik pandai boleh membincang dan mencari jalan serta melihat apa undang-undang yang tidak sesuai yang boleh duubahsuai.

Beliau berkata, dengan MAGERAN semua perbincangan boleh diadakan secara tertutup dan undang-undang ini akan memberi kebaikan kepada negara akan datang.

“Saya juga cadangkan dalam MAGERAN, jabatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Raush Malaysia), PDRM (Polis Diraja Malaysia), tentera, suruhanjaya pilihan raya dan sebagainya diletakkan di bawah satu AJK yang lapor kepada Agong.

“Jadi jabatan ini bebas daripada PM (Perdana Menteri) dan PM tidak boleh arahkan mereka ambil tindakan atau tak ambil tindakan ikut PM,” katanya.

Tambahnya, negara akan menjadi lebih bersih, aman dan maju dan semua maklum sesiapa yang melanggar undang-undang mereka akan dikenakan tindakan di bawah jabatan berkaitan.

“Jika ada cadangan yang baik seperti untuk memperbaiki cara undang-undang dan sebagainya, mereka ini boleh merumuskan dan melaporkan kepada Agong.

“Cara Parlimen sekarang, kita tidak boleh buat sedemikian. Ini sudah berlaku sudah lama kita tidak boleh ubah,” jelasnya.

Abul Hasan meluahkan pandangannya kerana risau dengan kemelut politik tanah air yang berlaku sekarang.

MAGERAN juga mampu membantu membentuk undang-undang lebih tegas dalam hal berkaitan perlembagaan dan memastikan tiada pihak yang berani mempersoalkannya.

Gayah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts