SHAH ALAM: Bukan hanya sekadar medan selera, Dangan 2By2 yang beroperasi Kampung Melayu Subang di sini juga menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam dunia muzik.
Diusahakan oleh dua anggota kumpulan itu Zul dan Faizal menawarkan pelbagai jenis menu dengan konsep santai termasuk ruang duduk bersila.
Antara menu istimewa yang boleh dinikmati di medan selera ini ialah pelbagai juadah ikan bakar, sate, makan Korea, makanan barat, lontong kering, air kisar, bihun sup, kari kambing, asam pedas, aneka sup, masakan kampung dan pelbagai lagi.
Faizal berkata mula beroperasi sejak Ramadan lalu, Dangau 2By2 Food Station mempunyai kapasiti 28 buah gerai dengan 13 sudah beroperasi.
“Medan selera ini sebagai satu persediaan dan alternatif bagi menjana pendapatan selepas kita berdepan dengan pandemik seperti sebelum ini.
“Ia juga menawarkan ruangan makan selesa untuk seisi keluarga dengan aneka menu yang dijamin sedap,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Dangau 2By2 Food Station baru-baru ini.
Zul menambah, medan selera itu juga digunakan sebagai pentas untuk mencungkil bakat baharu yang lebih segar.
“Dengan pengalaman yang saya miliki, saya mahu berkongsi peluang dengan mereka yang berbakat untuk mencuba nasib dalam bidang seni,” katanya.
Dia berkata, pada acara karaoke yang diadakan sempena sambutan Hari Raya lalu, seramai 80 orang mencuba nasib di mana 14 daripadanya layak ke pentas akhir.
Dalam perkembangan lain, 2By2 dalam perancangan mengadakan sebuah konsert khas dengan mengumpulkan vokalis wanita yang pernah berduet dengan mereka.
“Kita berhasrat menjemput semua vokali wanita yang pernah berduet bersama kami termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.
“Kami masih dalam perancangan dan berharap dapat dilaksanakan secepat mungkin namun bergantung kepada jadual artis terbabit,” katanya. – GayahIsTyping
Dangau 2By2 Food Station
Parking ✅
Makanan ✅
Harga ✅
Keselesaan ✅
Tandas ✅
Menu Pilihan Gayah: SATE, AYAM MASAK MERAH & BIHUN SUP
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar