January 28, 2023

“Saya Terus Hubungi Rara dan DJ Lin Minta Cakap Dengan Mereka!”

– SURIA FM AMBIL PEDULI KEHENDAK PENDENGAR

PELABUHAN KLANG: Sentiasa mengambil peduli kehendak dan aktiviti turun padang berjumpa dengan pendengar antara faktor utama yang sering ditekankan dalam operasi stesen radio Top 3 di Malaysia, iaitu Suria FM.

Perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Bhd, Datuk Dr. Mohd Aminuddin bin Mohd Rouse ketika ditemui pada majlis sambutan Suria FM 15 Tahun di atas kapal persiaran Genting Dream baru-baru ini.

“Apa yang kami capai ini bukan kejayaan setahun atau dua tahun tetapi usaha keras berterusan. Suria FM ialah produk Melayu paling kuat dalam kumpulan The Star jadi kita mahu supaya Suria FM memberikan sumbangan terbaik dan relevan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu Mohd Aminuddin berkata, Suria FM memberikan tumpuan terhadap kandungan terutamanya apa yang dikehendaki oleh pendengar dalam semua aspek termasuk lagu yang diputarkan.

“Begitu juga media sosial kami, laman web dan medium ke udara digital serta aktiviti seperti Jelajah Suria FM yang diadakan setiap tahun.

“Kami juga mendengar pandangan daripada semua pihak termasuk pekerja dan penyampai mengenai apa yang boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata penyampai Suria FM juga sentiasa dekat dengan pendengar tak kira segmen antaranya Morning Morning Suria, Suria Petang, Gaya Suria dan Suria Cinta.

“Saya pernah pergi klinik dan jururawat di situ pasang Suria FM, bila saya tanya kenapa dengar Suria, mereka cakap suka dengan penyampainya saya terus hubungi Rara (Sharifah Shahira) dan beri mereka cakap, begitu juga DJ Lin saya terus hubungi dan beri mereka bersembang.

“Mereka sangat terharu dan gembira. Ini antara pendekatan yang saya tekankan supaya sentiasa dekat dengan pendengar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid turut merakamkan penghargaan buat teman media yang disifatkan banyak membantu stesen berkenaan dalam mebuat liputan.

“Terima kasih kerana tidak pernah jemu dengan menyokong Suria FM. Kejayaan kami ini penuh dengan air mata dan usaha sekeluarga dan anda teman media juga sebahagian daripadanya,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts