December 1, 2022

Dua Power Vocal: Aina & Marsha

KUALA LUMPUR: Meskipun Aina Abdul menepati ramalan ramai selaku pemilik mutlak pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), tetapi ia tidak semudah disangka.

Aina dilihat mampu menang selesa lebih-lebih lagi tanpa kehadiran pesaing utamanya Ernie Zakri yang masih berpantang.

Namun Marsha Milan Londoh yang membuat persembahan terlebih dahulu memukau seluruh atmosfera Dewan Merdeka World Trade Centre dengan keampuhan gemersik vokalnya.

Aina ketika ditemui mengakui, bukan hanya Marsha ramai finalis tampil dengan persembahan vokal yang baik dan Marsha dianggap sangat bagus.

“Bila dengar suara Marsha saya tengah bersiap untuk persalinan lagu Sepi. Tekak saya terus kering dan saya teguk air.

“Vokal Marsha sangat bagus dan saya sendiri terbuai. Saya juga antara peminat Marsha yang mengundi ketika dia bertanding dalam Akademi Fantasia,” katanya tertawa.

Mengulas mengenai kemenangannya, Aina gembira dan berpuas hati kerana mengakui memang mengidamkan trofi berkenaan.

Akuinya, dia memang berharap untuk memenangi kategori berkenaan dan sentiasa menerima cabaran untuk mendapatkannya.

“Saya memang vocal junkie dan mahu memenangi anugerah ini. Alhamdulillah malam ini rezeki saya selepas tiga penyertaan,” katanya.

Ketua juri Datuk Mokhzani mendedahkan Aina bersaing sengit dengan penyanyi Marsha yang mendendangkan lagu berjudul Cinta.

Menurut Mokhzani, kedua-dua penyanyi mempunyai markah yang sangat tipis diantara satu sama lain.

Lantaran, dia beruntung kerana salah seorang juri AJL36, Datuk Syafinaz mempunyai kepakaran dalam bidang vokal.

“Markah sangat tipis antara Aina Abdul dan Marsha. Aina mempunyai sedikit lebihan markah dari Marsha

“Kita nilai dari segi semua sudut nyanyian dan kami sebagai juri lebih tahu dan peka kepada terhadapnya. Saya turut dapatkan khidmat Syafinaz dari segi vokal kerana dia adalah guru vokal,” katanya

Dalam perkembangan berkaitan, Mokhazani akui mengagumi keserasian yang ditunjukkan dalam lagu Nafas Cinta oleh Aina dan rakan duetnya yang juga penyanyi popular, Khai Bahar.

“Pasangan duet yang cukup serasi dan harmoni. Terasa di jiwa tetapi jika dinilai semuanya menunjukkan vokal yang terbaik,” katanya.

Aina yang memenangi vokal terbaik membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Terdahulu, Aina dan Khai dipilih oleh peminat sebagai penyanyi pilihan popular AJL36. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts