KUALA LUMPUR: Berlabuh juga tirai Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berakhir Ahad lalu di Dewan Merdeka World Trade Centre Kuala Lumpur.
Jom kita tengok antara Corat Coret yang sempat Gayah dicatatkan.
*Sebaik Naim Daniel muncul dengan persembahan di atas katil, netizen terus menuduh dia meniru persembahan Billie Elish sekitar 2019
*Banyak betul tema bunga. Aina dan sepasu bunga sentuhan Melinda Looi dan Bunga juga tidak mahu kalah dengan bunga di kepala.
*Tiga persembahan dengan elemen air. Syamel, Marsha dan trio yang menyanyikan lagu Lara.

*Ramai juga finalis yang terbang. Shiha Zikir, Naim dan Yonnyboii.
*Marsha interpretasikan lagu Cinta satu dedikasi buat arwah bapa mertuanya.
*Aina memerlukan kira-kira lima pengiring sebaik menyarungkan baju rona keemasan Inspirasi trofi anugerah Grammy.
*Tuah huruf ‘S’ Aina. Tiga kali ke AJL dengan lagu bertajuk yang bermula huruf S iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.

*Kalau ada pemenang tempat ke-4 dan ke-5 ia menjadi milik Nafas Cinta dan Salahku.
*Nabila Huda dipeluk asmara. Tersasul sebut juara AJL36 Pelukan Asmara. Aliff Satar sebagai hero, lekas-lekas dia betulkan Angkasa.
*Hampir setiap sudut Dewan Merdeka ada anggota polis yang memantau.
*Segenap ruang World Trade Centre penuh dengan hiasan dan sudut foto kartun kanak-kanak. Maklumlah, lokasi sama untuk vaksin mereka.
*Siti Nordiana memang jelas nampak tidak kena atas pentas. Nana tak sihat mungkin.
*Susunan muzik sedap dan gempak? Mestilah tahun ini kan Datuk Ramli MS pengarahnya.

*Siapa penyanyi yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah persembahan Pencuri Hati oleh Ayda Jebat? Pelik. Who’s that?
*Sissy Iman patut antara pengacara di pentas utama. Lagipun memang dia yang mengatakan Muzik-Muzik. Dia juga bagus.
*Helen Yap masih kekal di kerusi juri AJL36. Berapa kali dah ya. Lejen!
*Ada yang samakan fesyen Haqiem Rusli bak mendiang ikon fesyen Andre Leon Talley. Boleh tahan taste dik Qiem.
– GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan