Pelakon Rozita Che Wan menuntut supaya bekas pemandunya Muhammad Riduan Mohamad Mizol membuat tuntutan maaf terhadapnya sebelum jam 6 petang ini.
Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, tuntutan maaf itu boleh dibuat dengan apa cara sekalipun dalam usaha membersihkan nama pelakon drama Kiah Pekasam itu.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya dan setuju agar dia membuat permohonan maaf dengan apa medium sekalipun.
“Saya juga bersedia berjumpa dengannya atau dia boleh muat naik permohonan maaf di laman sosial,” katanya dalam sidang media yang berhubung isu itu.
Dia juga berkata, tidak ada perasan dendam terhadap pemandunya itu dan hanya mahu menyelesaikan dakwaan yang tidak betul yang dibangkitkan.
Bekas pemandunya itu mendakwa Che Ta enggan membayar gaji yang dituntut dan membuat naik hal itu ke laman Facebook sehingga menimbulkan kecaman dan salah faham dalam kalangan netizen.
Dalam pada itu, peguam kepada artis itu, Wan Sarimah berkata, sekiranya Riduan tetap enggan membuat permohonan maaf seperti diminta, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jika pihak Riduan tetap berdegil bagi menyelesaikan perkara ini secara baik kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang.
“Apa-apa pun buat masa ini kami berharap Riduan tampil atau buat permohonan maaf di laman sosialnya,” katanya.
Tambah Wan Sarimah, pihaknya pada 11 Mac lalu pernah menghantar notis tuntutan permohonan maaf kepada Riduan namun tidak mendapat sebarang respons daripada pihaknya.
Gayah pun harap perkara ini dapat diselesaikan dan seperti kata Che Ta tindakan yang diambil sebagai pengajaran supaya semua pihak tidak suka-suka viral perkara yang tidak sahih.

You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan