PETALING JAYA: Tidak timbul soal Diva atau sombong, namun bagi artis serba boleh Datuk Fazley Yaakob dia mempunyai alasan tersendiri dalam memilih rakan koloborasi.
Sukses sebagai cef selebriti, Fazley berada pada kelas tersendiri dalam menjalinkan kerjasama termasuk dengan jenama seperti
Starbucks, Tony Roma’s dan Fish Manhattan.
“Tidak, saya bukan memilih jenama tertentu,
Saya pernah bekerjasama dengan jenama yang hanya ada sembilan pengikut hingga ke jenama terkenal dunia.
“Bagi saya apa yang penting ialah persefahaman dan persetujuan dalam kerjasama yang dijalinkan,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton Ramadan Festive Blessing Tony Roma’s baru-baru ini.
Lantaran, penyanyi Asmara Ini mengakui dia agak cerewet meletakkan syarat untuk bekerjasama malah mengakui terpaksa menolak tawaran mewah apabila tidak mencapai kata sepakat.
“Bagi saya, bukan jenama yang saya cari tetapi ketelusan untuk bersama saya. Ada jenama besar lain yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi bila saya bagi idea mereka tidak mahu saya ubah idea mereka.
“Syarat saya, nak bekerjasama kena benarkan saya masuk dapur dan nak guna muka saya semata-mata jarang saya terima,” katanya.
Tambahnya, jenama tersebut juga perlu terbuka untuk menerima sebarang pandangan daripadanya bagi tujuan penambahbaikan selain mengutamakan keserasian diantara kedua-dua belah pihak.
“Kolaborasi ini ibarat perkahwinan di antara dua pihak. Idea saya dan idea sebuah lagi pihak. Saya tidak boleh mengubah sesuatu yang sudah terkenal pada mereka. Kolaborasi memerlukan keserasian dan pemahaman,” katanya.
Mengenai kerjasamanya dengan Tony Roma’s, Fazley memperkenalkan beberapa menu hidangan istimewa Ramadan Tony Roma’s yang mendapat sentuhan peribadinya menggamit nostalgia ketika menetap di Amerika Syarikat satu ketika dulu. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan