September 7, 2024

TV AlHijrah Tak Salah

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah tak salah. Itu kesimpulan yang boleh dibuat sebaik mendengar penjelasan orang kuat stesen berkenaan ketika ditemui baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee berkata, tujuan sebenar individu wanita itu dijemput ialah untuk memberikan nasihat kepadanya menerusi program Trending di stesen berkenaan.

“Kita melihat pada ketika itu, saya kena sebut pada ketika itu ya individu tersebut telah meminta maaf. Jadi kita datangkan Ustazah Isfadiah untuk memberi nasihat dan menegur individu berkenaan atas kesalahan yang telah dilakukan.

“Salah faham mula tercetus apabila hos jemputan memuat naik gambar bersama individu berkenaan dengan tujuan promosi tetapi mendapat reaksi kurang menyenangkan dari netizen,” katanya.

Dia berkata, reaksi dan kritikan mula bertebaran tanpa mengetahui intipati perjalanan pengisian program berkenaan.

Jelas, perkara ini tidak akan berlaku jika semua pihak bertanggungjawab dan tidak membuat sesuatu tindakan sesuka hati tanpa perbincangan.

Pada Gayah, hos jemputan sepatutnya bertanya dengan pihak produksi sebelum memuat naik apa juga gambar. 

Tidak kira alasan walaupun dengan niat baik, sikap bertanggungjawab perlu ada dan meminta pandangan pihak produksi terlebih dahulu.

Bukan baharu dalam arena kontroversi media sosial sepatutnya hos jemputan berkenaan peka akan hal seperti itu serta seharusnya dibaca dengan lebih jelas oleh pihak berkenaan.

Pujian wajar diberikan kepada TV AlHijrah yang berdepan dengan hal ini secara matang dan terbuka.

Program Trending juga diteruskan dengan objektif untuk terus mengangkat isu yang mampu memberi manfaat kepada umat Islam.

Malah, menurut Namanzee juga, tidak ada pihak yang akan berdepan dengan sebarang tindakan, sebaliknya mereka memilih untuk lebih tertib dan berhati-hati pada masa depan.

Kontroversi membabitkan stesen televisyen itu berlaku selepas seorang hos jemputan memuat naik gambar individu wanita yang tular dengan sikap tidak senonoh membabitkan anaknya dan pekerja di sebuah kedai serbaneka.

Lebih membuatkan netizen marah, apabila wanita berkenaan terus memuat naik video mempersenda orang kelainan upaya (OKU) selepas tular sebagai tetamu rancangan di stesen televisyen berkenaan. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts