April 19, 2024

Tuah Pesan Jangan Sedih

KUALA LUMPUR: Pemergian Tuah Adzmi selaku peserta yang tersingkir pada konsert minggu keempat Big Stage 2022 (BS2022) meninggalkan kesan kepada beberapa rakannya.

Gayah sendiri melihat dua peserta iaitu Yazmin Aziz dan Aisha Retno mengalirkan air mata ketika bertemu Tuah di bilik sidang media.

Aisha dan Yazmin masih meneruskan perjuangan DI BS2022

Bukan apa, jarang melihat episod air mata apabila ada peserta tersingkir dalam BS2022 berbanding rancangan Akademi Fantasia.

Malah, Danial Chuer yang rapat dengan Tuah dikhabarkan menangis terus mengenangkan rakannya yang tersingkir.

Dalam satu temubual dengan Radio Era, Tuah sempat meninggalkan pesan kepada Danial supaya jangan bersedih sebaliknya fokus untuk meneruskan perjuangan.

“Untuk Danial, teruskan perjuangan, jangan sedih-sedih sangat, semalam kau nangis tu Buruk kau tahu tak. Tak payah nak menangis lama-lama sangat.

“Peserta-peserta lain juga teruskan perjuangan dan jangan pernah mengalah,” katanya.

Aisha ketika ditanya mengakui sedih kerana mereka rapat dan sudah mengenali sejak dua bulan lalu.

“Saya juga sudah kenal Tuah sejak pertandingan sebelum ini, Tuah anak tunggal dan sangat baik serta tidak pernah buat hal dalam Big Stage,” katanya yang menganggap Tuah figura seorang abang.

Dia berkata, tidak menyangka Tuah akan tersingkir secepat itu dan pastinya suasana dalam kelas akan sunyi.

Tuah tersingkir dek kerana format rancangan yang menyerahkan kuasa itu kepada pengundi awam sedangkan dia bukan dikedudukan corot dari segi permarkahan juri. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts